Kelebihan Soya

1. Jantung

Soya adalah produk yang boleh meningkatkan tahap kolesterol baik anda dan mencegah penyakit jantung. Susu soya meningkatkan tahap lipid plasma pada manusia dan mengurangkan risiko penyakit jantung di kemudian hari. Ianya kaya dengan vitamin, mineral, lemak sihat yang bersama-sama meningkatkan kesihatan jantung.

2. Menyembuhkan masalah kulit

Sekiranya anda sering menghadapi masalah jerawat, beralihlah ke diet yang kaya dengan soya. Produk yang satu ini cukup baik untuk mengurangkan hiperpigmentasi (keadaan kegelapan pada kulit). Dan ia tidak berakhir di sini; penyelidikan baru-baru ini menyatakan bahawa sebatian yang terdapat dalam soya mempunyai sifat anti-penuaan.

3. Pertumbuhan rambut yang lebih baik

Susu Soya, jika digabungkan dengan diet kaya protein dapat memberi kesan yang baik pada rambut anda. Ia dapat merangsang pertumbuhan rambut yang lebih baik untuk memperbaiki penampilan seseorang. Untuk rambut yang kusut dan tidak teratur, susu soya adalah jawapannya.

4. Tulang lebih kuat

Susu Soya kaya dengan kalsium dan tidak perlu dijelaskan mengapa ia boleh bermanfaat bagi tulang anda. Kandungan kalsium dalam minuman ini meningkatkan kesihatan tulang yang lebih baik serta menjadikannya lebih kuat dan sihat serta mengurangkan risiko patah tulang.

5. Pemulihan selepas senaman

Bersenam bermaksud badan anda akan kehilangan banyak lemak dan membakar kalori. Pemulihan adalah mustahak selepas senaman. Oleh itu,jika anda lactose intolerant, susu soya boleh menjadi minuman yang sempurna untuk memastikan pemulihan yang lebih baik selepas setiap kali bersenam. Riboflavin dapat membantu anda memulihkan semua tenaga anda yang hilang selepas bersenam.

6. Antidepresan

Susu soya dapat menaikkan mood anda. Ia mengandungi vitamin B6 dan vitamin B kompleks yang bermanfaat dalam meningkatkan mood anda. Selain itu, susu soya kaya dengan magnesium yang mengeluarkan hormon serotonin di dalam badan anda yang berfungsi sebagai antidepresan untuk minda anda.

TOP